10 Petua Lebatkan Rambut Nipis Dengan Cepat
2024-08-04T23:08:39Z
Petua dan cara untuk melebatkan rambut yang nipis atau menipis dengan cepat dan berkesan untuk lelaki dan juga perempuan.
Kebanyakkan lelaki sering mengalami keguguran rambut akibat male pattern baldness, tetapi kedua-dua wanita dan lelaki boleh mengalami rambut menipis.
Rambut menipis boleh disebabkan oleh:
- Penuaan semulajadi
- Genetik
- Pemakanan yang kurang baik
- Terlalu banyak menggunakan produk rambut komersial
- Tindak balas atau alahan kepada bahan kimia atau bahan
- Penyakit
Tidak kira apa sahaja punca penyebab rambut menipis, terdapat pelbagai cara semula jadi untuk melebatkan rambut yang menipis, tetapi keputusan akan berbeza-beza bagi setiap orang.
Cara Untuk Lebatkan Rambut
Jom kita lihat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk lebatkan rambut yang nipis menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk anda dapatkan atau ada dirumah.
1. Telur
Telur mengandungi protein yang tinggi, yang penting untuk tubuh membina rambut yang kuat dan tebal. Apabila digunakan dengan kerap, rawatan telur boleh membantu melebatkan dan menguatkan rambut seseorang.
Untuk menggunakan rawatan telur:
- Pukul 1 atau 2 biji telur bersama
- Sapukan telur pada kulit kepala dan rambut lembap
- Biarkan telur di kulit kepala selama kira-kira 30 minit
- Basuh rambut dengan teliti dengan air suam dan syampu yang lembut
Menggunakan rawatan telur sekali atau dua kali seminggu selama beberapa minggu mungkin membantu menguatkan rambut dan mengatasi masalah rambut nipis.
2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan asid omega3 dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan rambut. Apabila disapu terus pada kulit kepala dan rambut, minyak zaitun membantu menggalakkan rambut lebih tebal.
Minyak zaitun juga mempunyai manfaat tambahan untuk melembutkan rambut dan melegakan kulit kepala kering.
Untuk menggunakan minyak zaitun:
- Panaskan minyak pada suhu badan
- Urut minyak suam ke kulit kepala dan rambut
- Biarkan di rambut selama kira-kira 30 hingga 45 minit
- Bilas minyak zaitun dengan syampu yang lembut
Sesetengah orang menambah madu ke dalam minyak zaitun dan yang lain mencadangkan membiarkan minyak zaitun semalaman menggunakan tuala untuk menutup rambut.
3. Aloe Vera
Aloe Vera atau pokok lidah buaya adalah salah satu bahan semulajadi yang terbaik untuk mengelakkan keguguran rambut dan pada masa yang sama memggalakan pertumbuhan rambut yang sihat.
Untuk menggunakan Aloe Vera:
- Campurkan 2 sudu besar syampu, 1 sudu besar gel aloe vera, 1 sudu besar santan dan 1/2 sudu kecil tepung gandum
- Sapukan campuran ini pada rambut dan ramaskan selama satu minit
- Cuci rambut dengan menggunakan air suam
Baca juga: 11 Cara Menghilangkan Kelemumur Dengan Cepat
4. Bawang Putih
Bawang putih mengandungi kompaun aliicin yang tinggi. Kompaun ini tersangatlah penting untuk mempertingkatkan aliran darah dalam kulit kepala dan juga menstimulasikan pertumbuhan rambut.
Untuk menggunakan bawang putih:
- Rebuskan 7-8 ulas bawang yang ditumbuk bersama sedikit minyak zaitun
- Rebus selama 10 minit dan tutup api
- Apabila sudah sejuk, sapukan pada folikel rambut anda
- Biarkan selama 30 minit kemudian cuci dengan menggunakan air suam dan syampu
- Lakukan setiap hari untuk dapatkan kesan yang terbaik
5. Bawang Besar
Bawang besar juga boleh membantu untuk meneyelsaikan masalah rambut menipis.
Untuk menggunakan rawatan bawang besar:
- Sagat 2-3 biji bawang besar untuk dapatkan jus
- Setelah selesai, sapukan jus tersebut pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit hingga 1 jam
- Cuci rambut anda dengan menggunakan air suam dan syampu yang lembut
Lakukan rawatan menggunakan bawang besar sekali seminggu untuk pertumbuhan rambut yang cepat dan sihat.
6. Ubi Kentang
Ubi kentang digunakan sebagai petua untuk pertumbuhan rambut? Ubi kentang mengandungi banyak nutrien yang sihat seperti vitamin A, vitamin B dan vitamin C, kalsium, potassium, zat besi dan fosforus.
Untuk menggunakan rawatan ubi kentang:
- Campurkan 1 1/2 cawan jus ubi kentang bersama 1 sudu kec madu, sedikit air dan sebiji kuning telur
- Pukul campuran tersebut sehingga sebati
- Sapukan pada rambut anda dan biarkan selama 30 minit
Ulang rawatan ini sekali seminggu jika anda inginkan kesan yang terbaik. Rawatan menggunakan ubi kentang ini sesuai untuk rambut yang rosak dan rapuh.
7. Jus Lemon
Buah lemon penuh dengan nutrien yang sihat seperti vitamin C, kesemua jenis vitamin B, antioksida dan asid folik. Lemon sangat berkesan dalam menggalakkan pertumbuhan rambut sihat.
Untuk menggunakan rawatan jus lemon:
- Campurkan 1 sudu besar jus lemon dan 2 sudu kecil minyak kelapa atau minyak zaitun
- Sapukan pada rambut dan kulit kepala
- Biarkan selama 1 jam kemudian cuci dengan menggunakan syampu yang lembut
8. Daun Bunga Raya
Untuk lebatkan rambut yang nipis, anda juga boleh menggunakan daun bunga raya.
Untuk menggunakan rawatan bunga raya:
- Ambil 10 helai daun bunga raya
- Masukkan ke dalam segayung air
- Ramas daun bunga raya sehingga keluar lendirnya
- Gunakan air ramasan daun bunga raya tadi untuk membasuh kepala
- Urutkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih
9. Santan Kelapa
Masa dahulu, ramai yang menggunakan santan kelapa untuk penjagaan rambut kerana santan kelapa sememangnya berkesan untuk melebatkan rambut.
Untuk menggunakan rawatan santan kelapa:
- Ambil setengah cawan santan kelapa pekat
- Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut
- Urut kulit kepala
- Balut rambut dengan tuala
- Biarkan selama sejam
- Seterusnya, bilas dengan bersih
Amalkan rawatan santan kelapa ini setiap minggu, agar rambut anda akan lebat semula.
10. Minyak Rosemary
Minyak Rosemary sangat terbaik dalam mengelakkan keguguran rambut dan pada masa yang sama menstimulasikan pertumbuhan rambut yang sihat.
Untuk menggunakan minyak rosemary:
- Campurkan 2 sudu besar syampu bersama 2 sudu besar minyak rosemary ini
- Syampu rambut anda seperti biasa
Semoga dengan petua lebatkan rambut nipis dengan cepat ini dapat membantu masalah rambut nipis yang anda alami. Sekian.