Surat Kiriman Tidak Rasmi (Format & Contoh)
2024-07-01T16:23:56Z
Format dan contoh penulisan surat kiriman tidak rasmi untuk pelajar UPSR, PT3, SPM dan STPM berserta contoh karangan terbaik
Manakala untuk pelajar di sekolah pula, surat tidak rasmi adalah merupakan salah satu karangan berformat.
Senarai Kandungan [Show]
Format & Contoh Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Ada beberapa jenis surat tidak rasmi, contohnya:
- Surat bertanya khabar
- Surat tahniah
- Surat takziah
Walaupun surat ini tidak berbentuk rasmi, tetapi penggunaan bahasa perlu baku dengan mematuhi hukum tatabahasa.
Penulis perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat, dan padat, yang sesuai kepada sasaran penerima.
Untuk surat kiriman tidak rasmi ini, penulis biasanya menggunakan panggilan seperti kakanda/adinda, ibunda/bonda, ayahanda, nenda, dan cucunda.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
Berikut merupakan format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:
- Alamat pengirim ditulis sepenuhnya di sudut atas sebelah kanan surat.
- Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan bubuh tanda titik (.) dihujungnya.
- Pembuka kata selepas selang satu baris kosong.
- Kata ganti diri penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat (tidak perlu ke dalam sedikit).
- Perenggan isi dimulakan ke dalam sedikit.
- Penutup dimulakan ke dalam sedikit, sejajar dengan perenggan isi.
- Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kanan surat selepas dua atau tiga baris kosong dari penutup dan diakhiri tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar.
- Tandatangan ditulis di bawah pengakuan pengirim.
- Nama pengirim boleh ditulis atau tidak
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi
Berikut merupakan contoh-contoh surat kiriman tidak rasmi yang anda boleh jadikan panduan:
a) Contoh Surat 1
b) Contoh Surat 2
Diharapkan dengan format dan contoh penulisan surat kiriman tidak rasmi ini dapat membantu pelajar untuk menulis karangan yang terbaik.