Jenis Dan Kelas Lesen Memandu Malaysia
Jenis Lesen Memandu
Lesen Memandu Pelajar atau Learning Driving License (LDL)
- Lesen LDL atau lebih dikenali sebagai lesen L membolehkan seseorang individu belajar memandu kenderaan mengikut kelas yang dikeluarkan seperti kelas B, B2, D dan E. Lesen L mestilah diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan jika belum lulus ujian JPJ.
- Tempoh sah lesen L adalah 2 tahun bermula dari tarikh ia dikeluarkan.
- Sekiranya ianya tidak diperbaharui dalam masa 2 tahun selepas tamat tempoh, individu tersebut perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving License (PDL)
- PDL ialah lesen memandu percubaan atau dikenali sebagai lesen P yang diberikan kepada pemandu baru yang lulus ujian JPJ dan tempoh sahlaku adalah 2 tahun.
- Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
Lesen Kompeten atau Competent Driving License (CDL)
- Lesen CDL ialah lesen yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan P setelah tamat tempoh percubaan selama 2 tahun.
- Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun.
- Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
Lesen Memandu Vokasional atau Vokasional Driving License (VDL)
- Lesen VDL ialah lesen memandu komersial khas untuk pemandu kenderaan komersial seperti bas dan lori. Ianya dikeluarkan Bersama oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
- Lesen Vokasional terbahagi kepada lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV Van, PSV Teksi/E-hailing dan PSV Bas), Lesen Kenderaan barangan (GDL Kejur, GDL Bersendi) dan Lesen Konduktor.
Kelas Lesen Memandu
Kelas |
Jenis
Kenderaan |
A |
Kenderaan
Orang Cacat (motosikal) dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 450kg |
A1 |
Kenderaan
Orang Cacat (motokar) dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg) |
B |
Motosikal
Perseorangan melebihi 500cc (B Full) |
B1 |
Motosikal
Perseorangan tidak melebihi 500cc |
B2 |
Motosikal
Perseorangan tidak melebihi 250cc |
C |
Motosikal
tiga roda |
D |
Motokar
dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg |
DA |
Motokar Tanpa
Pedal Klac dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg |
E |
Motokar
dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 3500kg |
F |
Traktor/Jentera
Bergerak Ringan Beroda dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 5000kg |
G |
Traktor/Jentera
Bergerak Ringan Berantai dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi
5000kg |
H |
Traktor/Jentera
Bergerak Berat Beroda dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 5000kg |
I |
Traktor/Jentera
Bergerak Berat Berantai dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 5000kg |