Resepi Daging Masak Merah Paling Mudah & Sedap

resepi daging masak merah

Berikut saya kongsikan kepada anda resepi daging masak merah atau cara masak daging masak merah yang paling mudah dan semestinya sedap.

Resepi Daging Masak Merah

Bahan Bahan:

  • 500 gm daging 
  • 1 biji capsicum hijau di potong
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • Air Secukupnya

Bahan A:

  • 1 biji bawang besar di hiris
  • 1 cm halia di ketuk
  • 2 ulas bawang putih di ketuk

Bahan Hiasan:

  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Kacang buncis

Cara Memasak Daging Masak Merah:

  1. Rebus daging bersama pewarna merah sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.
  4. Jika terlalu kering masukkan sedikit air rebusan daging.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan daging yang telah direbus dan biarkan mendidih dan kuah sedikit pekat.
  7. Masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang.
  8. Daging Masak Merah sedia dihidangkan.

Diharap perkongsian resepi daging masak merah paling mudah dan sedap ini memberikan manfaat kepada anda. Sekian.

Sumber: RESEPI CHEFF
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel