Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Masa budak-budak dulu, mesti pernah rasa milo percuma dari lori milo tu kan? rasanya memang lagi sedap berbanding milo yang kita buat sendiri dirumah. Selalunya, lori milo itu akan datang ke sekolah rendah untuk bagi rasa semua pelajar sekolah.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan cara bancuh air milo yang sama macam milo lori tu supaya lagi sedap untuk diminum.

Perkongsian cara buat air milo sedap macam milo lori ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Zainun Mamat yang mendapat banyak perkongsian dari pengguna facebook.

Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori

Cara Bancuh Air Milo Yang Sama Macam Milo Lori

Suatu hari pergi 1 event. Ada percuma air milo atas lori. Saya tengok pekerja milo tengah bancuh air. Saya tanya napa air milo free ni sedap sangat. Tak sama yang kita buat.

Dia kata masa bancuh air perlu panas. Campuran susu pekat manis sama dengan susu cair. Milo pula jangan kedekut dan jangan campur gula. Dia bagi resepi untuk 1 tong besar. Tapi saya kecilkan.

Bahan-Bahan:

  • 10 sudu besar serbuk milo
  • 1/2 liter air panas
  • 1/2 liter air sejuk
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu manis

Cara Membuat:

  1. Kacau rata semuanya dengan air panas.
  2. Campurkan air sejuk.
  3. Masukkan air batu...fuhh..kaw kaw.

Itulah cara untuk buat sendiri air milo yang sedap macam lori milo tu. Semoga bermanfaat. Sekian.

Sumber: Zainun Mamat
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel