9 Petua Merawat Selsema Kucing

Cara Merawat Selsema Kucing

Kucing anda selsema? Jangan risau, dalam artikel ini saya akan kongsikan petua dan cara untuk merawat kucing anda yang selsema agar cepat sembuh.

Salah satu penyakit yang biasa dialami oleh kucing peliharaan ialah selesema. Terutama untuk kucing anda yang tidak pernah divaksin atau tidak dijemur di bawah sinar matahari.

Seperti manusia, kucing yang mengalami selesema juga boleh mengalami bersin. Jadi apa yang menyebabkan kucing selsema? biasanya selesema kucing disebabkan oleh Virus Herpes Kucing dan Virus Calici. Ini menyebabkan selesema kucing boleh bersin kerana jangkitan pada saluran pernafasan.

Virus ini merebak dengan cepat kepada kucing lain melalui udara (dari percikan air liur atau titisan ketika batuk atau bersin) dan sentuhan langsung.

Selain itu, selesema kucing juga boleh berjangkit kepada kucing lain melalui peralatan makanan, permukaan sangkar, dan minuman yang dikongsi bersama.

Supaya kucing anda kembali normal, mari kita ketahui cara untuk merawat selsema kucing.

Petua Merawat Selesema Kucing

Berikut merupakan cara-cara untuk merawat kucing yang selsema.

1. Membersihkan Badan Kucing

Apabila kucing diserang selsema, sangat penting untuk membersihkan badannya terutama di bahagian mata dan hidung, selsema pada kucing boleh menyebabkan bahagian badan ini kotor dan berlendir.

Jika mata dan hidung kucing tidak dibersihkan ia boleh membina kotoran dan menyebabkan kucing tidak selesa.

2. Menjemur Kucing

Cara merawat kucing yang selsema sambil membunuh kuman di dalamnya boleh dengan menjemurnya seketika.

Menjemur kucing dengan sinar matahari akan membantu memanaskan badannya. Jemur kucing pada waktu pagi sekitar 8-9 pagi, tidak perlu terlalu lama, lebih kurang 10-15 minit.

Cahaya matahari pagi sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunnya supaya mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Cara Merawat Selesema Kucing Dengan Madu

Madu boleh menjadi salah satu ubat semulajadi yang boleh melegakan selsema pada kucing.

Khasiat madu bukan sahaja berguna untuk merawat pelbagai penyakit manusia, tetapi juga kucing. Anda boleh memberi madu kepada kucing dalam masa 1 x 4 jam.

4. Memberi Cuka Epal

Cuka epal diketahui bermanfaat dalam mengekalkan kestabilan pH badan. Cara menggunakan ubat selsema kucing semulajadi ini sangat mudah, anda boleh campurkan setengah sudu teh cuka epal ke dalam makanan atau minuman basah.

5. Membersihkan Hingus Kucing

Hingus kucing mengandungi kuman dan bakteria yang boleh memburukkan selesema. Cara membersihkan hingus kucing boleh menggunakan kapas yang telah dibasahkan dengan air suam.

Bersihkan sebarang lelehan hidung yang mungkin tersekat di hidung kucing. Jika kucing anda selsema teruk, kerap mengelap hidungnya boleh membantu dia berasa lebih selesa.

6. Jangan Mandikan kucing

Apabila kucing mengalami selsema, jangan sekali-kali memandikannya. Kucing perlu kekal hangat apabila mereka selsema. Untuk memastikan badannya bersih, gunakan kain yang telah dibasahkan dengan air suam.

7. Beri Kucing Rehat Yang Secukupnya

Dengan mendapat rehat yang cukup, kucing anda akan pulih dengan lebih cepat. Pastikan kucing anda berehat di kawasan yang bersih dan bebas lembapan supaya ia boleh berehat dengan tenang dan tanpa gangguan.

8. Berikan Supplement

Sediakan stok supplemen seperti Vitamin C atau Multivitamin. Caranya dengan berikan supplemen ini kepada kucing anda.

Boleh hancurkan dengan air dan pam kan ke dalam mulut atau terus masukkan ke dalam mulut kucing korang.

Amalkan 2 kali sehari sehingga kucing korang sembuh. Sangat sesuai diberi apabila dah nampak tanda tanda selsema.

9. Bawa Ke Klinik Veterinar Berdekatan

Kalau tidak baik baik juga, lebih baik dapatkan khidmat doktor atau pengawai veterinar di klinik veterinar.


Diharap dengan perkongsian mengenai cara merawat kucing yang sakit selsema ini dapat membantu anda untuk merawat kucing anda. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel