10 Punca Kucing Berak Berdarah
2024-07-01T16:23:56Z
Apabila kucing membuang darah ia boleh berada di dalam najis hanya sedikit, memberikan najis warna merah jambu kemerahan. Ia juga mungkin merah terang, atau merah gelap bercampur dalam najis juga. Darah merah terang dalam najis dikenali sebagai hematochezia, dan biasanya menandakan pendarahan di rektum atau usus.
Punca Kucing Berak Berdarah
Berikut merupakan antara punca kenapa kucing berak berdarah:
- Kurang minum air. Najis ataupun "poo" akan menjadi keras kerana kekurangan air dan akan melukakan tissue dalamannya ketika membuang air besar.
- Tukar makanan baru secara mendadak pun puncanya kerana menyebabkan radang pada usus besarnya.
- Makan terlalu cepat dan boleh mengganggu sistem penghadaman kerana terlalu banyak makanan masuk ke ususnya.
- Makan makanan yang tidak sesuai untuknya seperti sisa makanan.
- Tertelan darahnya sendiri seperti dari pendarahan "gum" dimulutnya.
- Tertelan objek yang bukan makanan seperti mainan kecil.
- Tekanan"STRESS" yang dihadapinya
- Parasit usus (Intestinal parasite), selalunya terjadi kepada anak kucing.
- Inflammatory bowel diseases (IBD) iaitu mengalami radang usus yang teruk.
- Tindak balas kepada ubat"drug" yang diambilnya.
Sekiranya kucing tidak menunjukkan tanda-tanda sakit, tidak perlu kita risaukannya kerana ianya akan sembuh sendirinya.
Namun, jumlah darah dalam "poo"nya yang banyak dan selalu berdarah ketika berak serta menunjukkan tanda seperti kurang makan, cirit birit, muntah dan badannya lemah serta banyak tidur dari biasa, anda perlulah bawanya mendapat rawatan dari Vet.
Baca juga: 6 Sebab Kenapa Kucing Muntah
Cara Merawat Kucing Berak Berdarah
Berikut adalah beberapa cara untuk merawat kucing dengan berak berdarah:
1. Bawa Kucing ke Doktor Haiwan
Apabila kucing anda mengalami berak berdarah, langkah pertama yang perlu diambil ialah membawa kucing ke doktor haiwan. Doktor haiwan akan melakukan pemeriksaan dan ujian untuk mengetahui penyebab berak berdarah. Sekiranya disebabkan oleh penyakit serius, doktor haiwan akan memberi rawatan yang sesuai.
2. Berikan Makanan yang Mudah Dicerna
Kucing dengan berak berdarah mungkin mengalami masalah pencernaan. Oleh itu, perlu memberikan makanan yang mudah dicerna dan tidak memburukkan lagi keadaan. Anda boleh memberikan makanan lembut, makanan kaleng atau makanan kucing kering yang telah direndam dengan air suam.
3. Pastikan Kucing Anda Minum Air yang Cukup
Memastikan kucing anda minum air yang mencukupi sangat penting dalam mengurangkan risiko dehidrasi dan mempercepatkan penyembuhan. Jika kucing anda tidak minum air secara sukarela, anda boleh mencuba memberikan air melalui alat pengumpan atau botol air.
4. Beri Suplemen Pencernaan
Suplemen pencernaan boleh membantu mengurangkan masalah pencernaan pada kucing. Terdapat pelbagai jenis suplemen pencernaan yang tersedia di pasaran. Pilihlah suplemen yang sesuai dengan keperluan kucing anda dan beri mengikut arahan penggunaan yang disarankan.
5. Bersihkan Kucing dengan Lembut
Sekiranya kucing anda mengalami berak berdarah, ia mungkin akan kotor dan berbau busuk. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kucing anda dengan lembut menggunakan sabun khusus untuk kucing. Anda juga boleh memotong bulu yang terkena najis untuk memudahkan proses pembersihan.
Kesimpulannya, berak berdarah pada kucing adalah masalah kesihatan yang perlu diambil berat. Pastikan anda membawa kucing anda ke doktor haiwan secepat mungkin dan memberikan rawatan yang betul untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.
Diharap perkongsian mengenai kenapa kucing berak berdarah ini dapat memberikan pengetahuan dan bermanfaat kepada anda. Sekian.