Koleksi Nasihat Bijak Tentang Kehidupan

Nasihat Bijak Tentang Kehidupan

Setiap orang memiliki rintangan dalam kehidupan yang berbeza-beza. Namun, kita harus menerima bahawa rintangan atau cabaran yang datang itu adalah untuk menjadikan kita lebih baik dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda semua koleksi nasihat bijak tentang kehidupan sebagai bahan renungan dan untuk menambahkan motivasi dalam diri.

Nasihat Bijak Tentang Kehidupan

Berikut merupakan koleksi ayat nasihat tentang kehidupan.

Kehidupan kerap kali memberikan kejutan dalam perjalanannya. Terkadang kamu menemukan kebahagiaan dalam satu waktu dan dalam sekejap berubah menjadi hal menyedihkan. Tentu sebagai manusia kita tidak akan dapat mengelak setiap apa yang akan berlaku.

Tetapi mungkin kita kita boleh mengambil langkah dengan lebih bijak dalam membuat keputusan.
BAGAIMANA PANDANGAN KITA TENTANG DUNIA?

Adakah kita telah berjaya keluarkan diri kita dari dunia atau kita masih sentiasa fikirkan dunia.

Maknanya jika kita buat sesuatu di dunia untuk akhirat. Kita telah berjaya. Sekiranya kita buat sesuatu untuk menampung kehidupan kila di dunia, kita masih berada dalam dunia dan kita makin takut meninggalkan dunia.
Jika dia menghinamu hari ini, esok lusa, dia yang akan ganti dihina orang.

Jika dia menjatuhkanmu hari ini, esok lusa dia yang akan dijatuhkan orang lain.

Kerana begitulah hidup. Yang kita tanam, itulah yang nanti akan kita tuai.
KEHIDUPAN

Hidup ini seperti koin, senang dan susah adalah dua sisi, hanya satu sisi yang terlihat pada satu waktu, tapi ingat, sisi lain juga menunggu gilirannya.
Semakin bertambah usia, manusia umumnya bertambah bijak dalam banyak hal; kesihatan, kewangan dan keluarga. Waktu dan pengalaman hidup akan mengubah pola fikir & cara pandang terhadap dunia.

Semoga kita semua semakin bijak seiring bertambah usia.
Jadilah Terang Tanpa Memadamkan Cahaya Orang Lain...
Naiklah Tinggi Tanpa Menjatuhkan Orang lain...
Capailah Bahagia Tanpa Melukai Hati Orang lain...
JADILAH BAIK Tanpa Menyakiti Hati Orang lain...
Dunia ini ibarat bayangan, kalau kau berusaha menangkapnya, ia akan lari..

tapi......

kalau kau membelakanginya, ia tak punya pilihan selain mengikutimu...
Jangan nunggu bahagia baru bersyukur, bersyukurlah setiap saat maka kamu akan mendapatkan kebahagiaan.
Tidak semua yang dibakar api akan hangus menjadi abu, bata merah sengaja dibakar agar menjadi kukuh.

Begitu juga dengan kehidupan, tidak semua yang menimpa kita akan menghancurkan, terkadang Tuhan mengujimu untuk lebih kuat.
Menasihati itu mudah, yang susah adalah menerimanya.

Semoga kita semua termasuk orang yang mudah menerima nasihat kebenaran.
Diantara tanda matinya hati, adalah tidak adanya perasaan sedih atas kesempatan beramal yang engkau lewatkan dan tidak adanya penyesalan atas pelanggaran yang engkau lakukan.
Lakukanlah kebaikan sekecil apa pun, kerana kau tak pernah tahu kebaikan mana yang akan membawamu ke syurga.
Kadang tanpa kita sedari, hidup yang kita keluhkan adalah hidup yang orang lain inginkan.
Banyak yang datang setelah melihat kelebihan kita tapi lebih banyak yang pergi setelah melihat kekurangan kita.
JIKA ANDA TIDAK TERTAWA DENGAN LAWAK YANG SAMA BERULANG KALI, LALU MENGAPA ANDA MENANGISI MASALAH YANG SAMA BERULANG KALI.
Orang putus asa adalah orang yang gagal dalam hidup, orang yang terus berusaha adalah orang yang berjaya walaupun belum terlihat kejayaannya.
Tak ada satu pun di dunia ini yang kekal. Maka, ukirlah cerita indah sebagai kenangan. Kerana dunia memang sebuah cerita.
ADA YANG MENAMPAR UNTUK MEMBUAT MU SEDAR.. ADA YANG MEMBELAI UNTUK MEMBUATMU LALAI..
Ketika kamu di nilai rendah dimata orang lain, percayalah bahwa dia takan mampu menandingi dirimu, cukuplah rendah hati untuk tidak sombong, tetap percaya pada diri agar tidak selalu di rendahkan.
Hidup ini bagaikan segelas kopi.. Jika kurang manis, tambahkan lah gula nya..

Begitu lah pula kehidupan kita.. Jika hidup mu pahit..

Pandai-pandailah menghibur diri..

Jangan hanya mengeluh dan menyalahkan pahit.. Tetapi tambahkan lah gula dengan berprasangka baik..

Pasti hidup ini lebih indah dan manis..

Diharap dengan perkongsian ayat-ayat nasihat bijak mengenai kehidupan ini berguna dan mampu memberikan anda motivasi. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel