26 Koleksi Pantun Teka Teki Dan Jawapan

pantun teka teki

Waktu sekolah rendah dulu, mesti ada guru yang suka buat teka teki untuk menguji kanak-kanak sekolah.

Walaupun jawapan untuk teka teki ini sangat mudah bagi orang dewasa, namun untuk kanak-kanak, ia dapat membantu mengasah bakat untuk berfikir serta dapat meningkatkan ilmu.

Jadi, kalau anda sedang mencari contoh pantun teka teki untuk ditanyakan kepada anak-anak atau pelajar sekolah, disini saya akan kongsikan beberapa buah koleksi pantun teka teki yang anda boleh gunakan berserta jawapan.

Soalan Pantun Teka Teki dan Jawapan

Berikut merupakan pantun teka teki dan juga jawapan.

Pagi-pagi pergi ke kebun,
Menebas rumput guna parang,
Waktu siang matanya rabun,
Waktu malam matanya terang.

JAWAPAN: Burung Hantu

Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Selalu diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati?

JAWAPAN: Gasing

Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakitnya tidak terperi,

JAWAPAN: Kerengga

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi makin ringan?

JAWAPAN: Belon

Pergi berjalan di waktu petang,
Singgah makan rojak kangkung,
Binatang ni badannya panjang,
Jika diusik badannya digulung?

JAWAPAN: Ulat Gonggok

Budak-budak bermain batu,
Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?

JAWAPAN: Jarum

Jika tuan membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Kalau Tuan bijak pintar,
Ular apa membelit pinggang?

JAWAPAN: Tali Pinggang

Pecah kaca jatuh berderai,
Jatuh berderai ketika menyusun,
Taringnya tajam bila menyeringai,
Bila mengaum terasa gerun.

JAWAPAN: Harimau

Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari buah kelapa,
Tahukah adik binatang apa,
Darahnya hitam tulangnya satu?

JAWAPAN: Sotong

Masak tumis sambal petai,
Makan kenyang lalu sendawa,
Anda menziarah sahabat handai,
Buah apakah akan dibawa?

JAWAPAN: Buah Tangan

Waktu sarapan makan roti,
Sedap dimakan dengan madu,
Garang betul binatang ini,
Kejar orang hendak menyudu.

JAWAPAN: Angsa

Belayar perahu dari Bentan,
Menyusur tepi Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah ikan cubalah teka?

JAWAPAN: Ikan Pari

Jika ke kedai pergi berbelanja,
Belikan saya sudu dan senduk,
Jika pandai katakan segera,
Semakin berisi semakin menunduk?

JAWAPAN: Padi

Pisang emas pisang restali,
Bila dimakan manis sekali,
Binatang ini kesayangan nabi,
Mukanya comel jinak sekali.

JAWAPAN: Kucing

Anak ayam mati tercekik,
Dibuang orang di tepi lombong,
Kalau adik orang yang cerdik,
Apa binatang tanduk di hidung?

JAWAPAN: Badak Sumbu

Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,

JAWAPAN: Buaya

Kalau tuan pakai lencana,
Pakailah songkok di atas kepala,
Kalau Tuan bijak laksana,
Binatang apakah tiada kepala?

JAWAPAN: Ketam

Jatuh di parit lutut berdarah,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.

JAWAPAN: Nyamuk

Pergi memancing di Sungai Jeli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika adik bijak bistari,
Binatang apakah keris di kaki?

JAWAPAN: Ayam Jantan

Tuan puteri belajar menari,
Tari diajar oleh Pak Harun,
Kalau Tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun?

JAWAPAN: Umur

Manis sungguh buah melaka,
Dibuat oleh si anak dara,
Lehernya panjang tidak terkira,
Tapi makan pucuk pokok sahaja.

JAWAPAN: Zirafah

Mak Limah bercakap pelat,
Memakai baju berkain batik,
Binatang kecil ini seperti ulat,
Sudah besar berkepak cantik.

JAWAPAN: Rama-Rama

Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.

JAWAPAN: Ikan Jerung

Makan nasi berulam raja,
Ditambah dengan sambal sotong,
Kalau adik pandai meneka,
Apa binatang tidur tergantung?

JAWAPAN: Kelawar

Sakit terkena duri semalu,
Ketika menangkap ikan siakap,
Kalau adik ingin nak tahu,
binatang apa pandai bercakap.

JAWAPAN: Burung Tiung

Upin Ipin ketawa sahaja,  
Bila melihat cerita jenaka,
Cuba adik cubalah teka,
Badannya besar berstokin pula.

JAWAPAN: Seladang


Diharap perkongsian koleksi pantun teka teki ini bermanfaat kepada anda semua. Jika anda mahukan teka teki yang lebih mencabar, anda boleh masuk ke halaman ini Teka Teki Lawak. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel