Pada masa kini, kereta sememangnya menjadi kenderaan penting dan diperlukan untuk membantu pergerakan harian.
Bukan sahaja membantu mobiliti atau pergerakkan harian kita sendiri, malah kereta juga mempunyai keselesaan yang tinggi berbanding pengangkutan awam lain.
Dengan begitu ramai yang berminat untuk memiliki kereta, terdapat pilihan yang boleh anda pilih iaitu membeli kereta terpakai atau baru.
Andai kata kewangan kita mencukupi dan stabil, sudah tentu mengambil pinjaman kereta baru tidak menjadi masalah, tetapi lain pula ceritanya jika kewangan kita itu terhad.
Untuk mengulas lebih lanjut, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda tentang kelebihan dan kekurangan memilih untuk membeli kereta terpakai atau baru.
Kebaikan Dan Keburukan Beli Kereta Terpakai
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Harga murah senang jual balik dengan kerugian yang
minimum. Maksudnya disini kalau anda
nak jual balik kereta tersebut, anda masih boleh jual dengan harga yang tidak
terlalu rendah daripada harga semasa anda beli kereta tersebut. Dan juga
terdapat perkongsian dari The Wall Street Journal bahawa anda boleh dapat untuk menjual kereta terpakai.
|
Kereta terpakai mungkin pernah mengalami kemalangan
yang teruk. Jika kereta terpakai tersebut pernah mengalami kemalangan yang
teruk kereta tersebut mungkin akan tidak seimbang.
|
Boleh terus guna kerana tidak banyak urusan seperti
beli kereta baru.
|
Risiko beli kereta yang rosak. Membeli kereta yang
bermasalah akan membebankan dan menghabiskan masa dan wang yang banyak.
|
Anda tidak perlu risau tiap-tiap bulan kena bayar
balik hutang bank.
|
|
Kebaikan Dan Keburukan Beli Kereta Baru
KEBAIKAN
|
KEBURUKAN
|
Kurang masalah kerosakan. Mengikut statistic kereta
baru adalah 99% kurang rosak di tepi jalan berbanding kereta terpakai.
|
Harga lebih mahal. Dengan membeli kereta baru, sudah
tentu anda akan menikmati banyak ciri yang cantik dan mahal. Oleh itu,
membeli kereta baru akan menggunakan banyak wang dan ansuran bulanan yang
besar.
|
Ada jaminan dari kilang. Jaminan adalah sangat
penting jika gearbox atau enjin rosak, kilang akan gantikan yang baru tanpa bayaran.
|
|
Rasa lebih tenang dan aman jika pakai kereta baru, kerana
kereta baru tidak mudah rosak.
|
|
Itulah kelebihan dan kekurangan yang anda dapat jika ingin membeli kereta terpakai atau baru. Sebenarnya kedua-duanya mempunyai kelebihan dan faedah yang sama, untuk bijak memilihnya, anda boleh adjust balik dengan dana anda sendiri.
Namun satu benda penting yang perlu anda ambil perhatian sebelum membuat pembelian kereta ialah, anda kenalah buat kira-kira apa-apa kos yang terlibat sebelum atau selepas membeli kereta seperti mengira pinjaman kereta, pajakan, rebat, operational costs dan personal finance.
Jadi bagaimana untuk buat kiraan tersebut?
Anda boleh menggunakan
CarPaymentCalculator.net. CarPaymentCalculator.net ini boleh membantu dalam mengira pinjaman atau loan yang diperlukan untuk membeli kereta.
CarPaymentCalculator.net ini memaparkan formula yang merangkumi rebat, bayaran pendahuluan, cukai dan jumlah pinjaman. Kita juga boleh menganggarkan jumlah yang perlu kita bayar setiap bulan dan berapa lama kita perlu membayar menggunakan laman web ini.
Memang betul-betul bergunalah laman web ini, untuk anda yang mahu buat kiraan kos untuk membeli kereta. Bukan itu sahaja, malah ada beberapa lagi kegunaan laman web tersebut seperti mengira bajet minyak kereta iaitu melalui pautan
http://carpaymentcalculator.net/calcs/gas-budget.php.
Diharap dengan perkongsian mengenai kelebihan dan keburukan membeli kereta terpakai atau kereta baru serta cara pengiraan kos untuk membeli kereta ini dapat memudahkan urusan anda. Sekian.