Forex Factory memang tidak asing lagi bagi trader forex. Tempat para trader forex dari seluruh dunia untuk lebih mudah memantau pergerakan nilai mata wang asing.
Forex Factory adalah laman web forex dunia yang menyediakan maklumat tentang perkembangan pasaran forex dan perdagangan forex.
Menggunakan Forex Factory boleh membantu para trader membuat keputusan dalam trade iaitu mahu buy atau sell.
Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda semua cara untuk membaca Forex Factory Calendar dalam trading.
Forex Factory Calendar
Forex Factory Calendar menyediakan jadual berita penting, pengumuman atau event yang mempunyai kesan sosial, ekonomi dan politik kepada pelbagai negara.
Di Forex Factory Kalendar ini kita boleh dapatkan maklumat tentang kalendar ekonomi di beberapa negara, bersama-sama dengan masa dan tarikh pengumuman.
Maklumat ekonomi ini, seperti pengumuman kadar faedah bank pusat, data inflasi, data perumahan, kadar pengangguran, imbangan dagangan, lelongan bon, dan lain-lain lagi.
Cara Membaca Forex Factory Calendar
Berikut adalah cara untuk baca Forex Factory Calendar.
Date
|
Menunjukkan tarikh peristiwa itu akan berlaku atau
berita akan dikeluarkan.
|
Time
|
Bila event atau berita akan dikeluarkan.
|
Currency
|
Mata wang negara yang akan dipengaruhi oleh event tersebut.
|
Impact
|
Ditunjukkan melalui kod warna kesan pasaran berita.
Terdapat tiga warna iaitu:
1.
Warna kuning,
impak rendah dan impak tidak terlalu besar.
2.
Warna oren,
impak sederhana.
3.
Warna merah
bermaksud kesan besar dan kemungkinan turun naik yang tinggi.
|
Event
|
Nama peristiwa atau berita yang akan berlaku.
|
Detail
|
Untuk melihat butiran event atau berita latar
belakang, mengapa event itu penting dan kekerapan ia berlaku dalam setahun.
|
Actual
|
Menunjukkan data ekonomi yang telah dikeluarkan.
Jika ia belum dikeluarkan lagi, lajur akan kosong.
|
Forecast
|
Angka anggaran data.
|
Previous
|
Angka yang diperoleh daripada laporan sebelum ini.
|
Graph
|
Memaparkan graf data ekonomi selama beberapa tahun,
jadi pedagang boleh melihat pencapaiannya dalam tempoh tertentu.
|
Cara Menggunakan Forex Factory Calendar
1. Sesuaikan Zon Waktu
Selalunya, kalau masuk sahaja pada Forex Factory Calendar, zon waktu memang auto ikut zon waktu kita. Tetapi kalau zon waktu tidak sama dengan zon waktu kita, kenalah set sendiri.
2. Tetapkan Filter Event
Seterusnya tetapkan event untuk menentukan jenis berita dan mata wang yang ingin anda paparkan. Biasanya ada trader yang hanya meminati forex tertentu, negara tertentu, atau event yang memberi impak yang besar.
Anda boleh melakukan ini dengan mengklik ikon Filter di sudut kanan atas. Pilih perkara yang anda mahu, sama ada kesannya, jenis event atau berita Forex Factory, atau mata wang. Kemudian selesaikan dengan mengklik Apply Filter.
3. Pilih Rangka Masa Yang Dikehendaki
Langkah seterusnya ialah memilih jangka masa yang dikehendaki. Ini ialah julat masa yang akan dipaparkan pada kalendar. Klik pada lajur Navigasi. Anda boleh memilih event untuk sehari, seminggu atau sebulan penuh.
4. Ketahui Lebih Lanjut
Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang event, cuma klik ikon Detail. Kemudian maklumat lain akan keluar.