Cara Check Coverage Telco Paling Laju Kawasan Anda
2024-07-01T16:23:56Z
Mengetahui covergae telco yang paling laju di kawasan anda ini sangat membantu untuk kita membuat keputusan untuk pilih mahu pakai telco apa. Contohnya mahu guna Celcom, Maxis, Digi, uMobile, YES atau Unifi.
Kalau sudah tahu rangkaian mana yang lebih laju dikawasan anda, bolehlah anda bertukar ke telco tersebut kalau mahu memiliki kelajuan signal yang baik.
Cara Check Coverage Telco Paling Laju
Mudah sahaja untuk cek coverage telco yang paling laju di kawasan anda, iaitu pertama sekali anda harus muat turun atau download aplikasi OpenSignal dari iOS Appstore atau Playstore kalau anda menggunakan peranti android.
Sesudah install, buka aplikasi tersebut dan untuk check coverage telco yang paling laju di kawasan anda, klik pada button coverage atau location sepeti yang saya bulatkan dibawah ini.
Kemudian klik View Network Stats untuk melihat paparan liputan isyarat dari penyedia yang ditawarkan di kawasan anda. Disini anda boleh lihat Download Speed, Upload Speed, Latency, dan Reliability setiap telco yang ada di kawasan anda.
- Download Speed - Lebih tinggi lebih bagus
- Upload Speed - Lebih tinggi lebih bagus
- Latency - Lebih rendah lebih bagus
- Reliability - Lebih tinggi lebih bagus
Jadi melalui statistik yang ditunjukkan pada paparan tersebut, anda boleh mengenalpasti telco mana yang paling laju di kawasan anda.