Kad Bank Ditelan Mesin ATM, Apa Yang Perlu Dilakukan?
2024-07-01T16:23:56Z
Untuk anda yang mengalami pengalaman kad bank ditelan mesin ATM, disini saya akan kongsikan apa yang perlu anda lakukan kalau kad bank ditelan mesin ATM.
Saya sendiri, sememangnya belum ada pengalaman kad bank ditelan mesin ATM, tetapi pernah berlaku pada kawan sendiri. Rasa kasihan dan lawak tetapi dalam masa yang sama terfikir juga andai terkena pada diri kita, apa yang perlu kita lakukan?
Jadi, teruskan baca artikel ini kalau mahu tahu apa yang perlu dilakukan kalau kad bank ditelan mesin ATM.
Kad Bank Ditelan Mesin ATM, Apa Yang Perlu Dilakukan?
Ini adalah perkara yang anda perlu lakukan, jika kad bank anda ditelan mesin atm:
1. Pertama sekali, kita cuba tips ini, manalah tahu ada rezeki kad bank tu keluar. Cuba tekan butang BATAL (merah) pada mesin ATM. Tekan berterusan 2-3 kali berturut- turut. Kad anda mungkin akan keluar sekejap sebelum ditarik semula ke dalam mesin. Sambil tekan butang sambil tangan ready untuk tarik kad korang. Kalau ada rezeki, dapatlah balik.
Jika tips ini tidak menjadi, boleh teruskan cara dibawah ini.
2. Seterusnya jika kad bank ditelan mesin ATM bank yang sama jenis, apa yang anda perlu lakukan adalah terus laporkan ke customer service bahawa kad anda ditelan atau hilang (kalau tak tahu no, boleh google customer service bank anda). Anda akan diminta untuk memberikan maklumat penting seperti:
- Nama penuh dan No ic
- Punca kehilangan atau kad ditelan
- Waktu kejadian dan lokasi
Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank tersebut untuk menggantikan kad bank yang baru.
3. Jika kad bank anda ditelan mesin atm bank yang berbeza atau ini berlaku apabila anda pergi ke mesin atm CIMB dan menggunakan kad Maybank untuk mengeluarkan wang. Jadi customer service mana yang anda perlu laporkan bahawa kad anda ditelan mesin atm?
Jawapannya, customer service kad bank anda, kerana ia dikira sebagai kes kad hilang, jadi anda perlu melaporkan terus kepada bank kad anda, supaya transaksi akaun anda diblock serta merta, dan kemudiannya anda boleh pergi ke cawangan bank tersebut untuk memohon kad yang baru.
Lihat juga: Template Akaun Bank
Jadi, itulah tindakan yang perlu anda lakukan kalau kad bank anda ditelan mesin ATM. Jadi, kalau kes seperti ini berlaku pada diri anda, sila sabar dan jangan panik. Semoga bermanfaat.