Kata Nama Am & Kata Nama Khas (Maksud & Contoh)

Kata nama kerap digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga jenis kata nama: kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama. Pelajar telah diperkenalkan dengan kata nama am dan khas sejak Tahap Satu di sekolah rendah lagi.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan mengenai maksud kata nama am dan kata nama khas berserta contoh ayat.

Senarai Kandungan [Show]

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang menerangkan nama sesuatu yang bernyawa, seperti orang atau haiwan, serta sesuatu yang tidak bernyawa, seperti tumbuhan, tempat, atau benda dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Benda

meja, kerusi, kipas, pensel, baju, kereta

Manusia

ayah, ibu, guru, murid, doktor, jururawat, petani

Binatang

ayam, itik, kucing, lembu, arnab, kuda

Tempat

sekolah, rumah, pejabat, masjid, hospital

Tumbuh-tumbuhan

padi, cendawan, keladi, rumput

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Pada akhir ayat

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

Pada awal ayat

Gajah itu berbadan besar.

Contoh Ayat Menggunakan Kata Nama Am

  1. Ibu sedang mengukus kuih di dapur.
  2. Lembu itu sedang makan rumput di padang.
  3. Halimah suka menonton televisyen.
  4. Buaya itu berjaya ditangkap oleh datuk.
  5. Murid itu mendapat hadiah berupa sebuah komputer.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Benda

Proton Perdana, Piala Malaysia, Tugu Negara

Manusia

Muhammad Azwar, Letchumanan, Marina, Silvia, Cikgu Ashaari

Binatang

Si Jalak, Si Tompok, Sang Belang

Tempat

Klang, Selangor, Malaysia, Sekolah Kebangsaan Batu Belah

Judul buku

Dewan Pelajar, Kuntum, Tatabahasa Dewan

Contoh Ayat Menggunakan Kata Nama Khas

  1. Kucing kesayangan Ashraf ialah Si Tompok.
  2. Adik membeli majalah Kuntum di Kedai Buku Sri Intan.
  3. Kami melawat ke Menara Kuala Lumpur semalam.
  4. Puan Salina pergi ke Kuala Terengganu dengan memandu kereta Proton Persona.
  5. Kami akan menziarahi Abang Sulaiman yang belajar di Universiti Utara Malaysia.

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Beza Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel