Unsur Tanah, Air, Api & Angin (Personaliti Diri)
2024-08-02T04:01:16Z
Setiap orang ada personaliti masing-masing. Ada yang pendiam, pemarah, penyabar dan sebagainya.
Ada yang berpendapat, keperibadian atau personaliti seseorang itu berdasarkan susunan kelahirannya. Ia terbahagi kepada empat unsur iaitu unsur tanah, air, api dan angin.
Setiap orang yang dilahirkan dalam susunan yang berbeza dipercayai mempunyai unsur yang berbeza.
Unsur-unsur berikut terdapat dalam diri seseorang berdasarkan susunan kelahirannya:
- Unsur Tanah: 1, 5 dan 9
- Unsur Air: 2, 6 dan 10
- Unsur Api: 3, 7 dan 11
- Unsur Angin: 4, 8 dan 12
Unsur Tanah, Air, Api & Angin
Setiap elemen yang dimiliki oleh setiap orang tentunya mempunyai perwatakan dan personaliti yang tersendiri. Berikut merupakan personaliti diri berdasarkan unsur-unsurnya.
Unsur Tanah
Berikut adalah personaliti diri untuk unsur tanah atau anak ke 1, 5 dan 9:
- Pendiam
- Pendengar yang baik
- Penyabar dan setia
- Tak mudah membangkang
- Dengar kata dan boleh bawa bincang
- Tak cerewet
- Mempunyai perwatakan yang baik
- Mempunyai hati yang lembut
- Suka memendam perasaan dan sensitif
- Rendah dari dan tidak sombong
- Hormat orang lain
- Tidak mudah marah, tetapi apabila dibuat marah/berlebihan, akan meletup
- Lambat dalam menyiapkan kerja
Unsur Air
Berikut adalah personaliti diri untuk unsur air atau anak ke 2, 6 dan 10:
- Tenangkan dan sejukkan perasaan orang lain
- Bekerja dengan teratur, teliti dan cepat
- Degil dan sukar dikawal
- Ego
- Manja, lembut dan sensitif
- Mood sentiasa berubah
Unsur Api
Berikut adalah personaliti diri untuk unsur api atau anak ke 3, 7 dan 11:
- Mempunyai semangat yang tinggi dan sangat aktif
- Sangat berhati-hati dan berwaspada
- Suka menyalahkan orang lain
- Mudah marah dan menyakitkan hati orang lain
- Cemburu yang kuat
- Nampak pendiam dan sombong, tetapi baik hati
Unsur Angin
Berikut adalah personaliti diri untuk unsur angin atau anak ke 4, 8 dan 12:
- Mampu mencairkan hati orang lain
- Agak sukar untuk mengawal keadaan
- Tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain
- Pendiam, agak pemalu dengan orang baru
- Suka mencari penyelesaian kepada masalah sendiri
- Penyayang
Itulah perwatakan atau personaliti diri seseorang berdasarkan unsur-unsurnya, mengikut susunan kelahiran.