7 Khasiat Chia Seed Untuk Kesihatan

khasiat chia seed

Khasiat Chia seed sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini kerana, penggunaan chia seed ini kini semakin meluas dalam kalangan masyarakat dunia. Hal ini kerana chia seed merupakan salah satu sumber kepada serat, zat besi, kalsium dan juga asid lemak omega-3.

Apakah itu chia seed? Chia seeds ini adalah sejenis bijirin yang terhasil daripada sejenis bunga tumbuhan yang berasal daripada pelbagai negara iaitu Amerika Latin khasnya Mexico, Argentina, Peru, Bolivia serta Australia.

Pada zaman dahulu, chia seed ini sangat terkenal digunakan oleh kaum Mayan dan orang asli Aztec. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa chia seed ini mempunyai banyak khasiat yang baik bagi kesihatan tubuh mereka. Perkataan “chia” itu sendiri datangya daripada perkataan yang digunakan dalam masyarakat Mayan Kuno yang mana ianya membawa maksud “kekuatan”.

Khasiat Chia Seed

Antara khasiatnya adalah:

1. Dapat Melawan Diabetes

Menurut pakar perubatan yang telah menjalankan kajian tentang khasiat chia seed, chia seed ini mengandungi lapisan agar-agar tersendiri apabila ianya terdedah dengan cecair. Lapisan agar-agar ini dipercayai boleh membantu mencegah pancang gula darah dan dalam masa yang sama chia seed mampu membantu untuk memperlahankan penghadaman. Chia seed ini telah menjadi salah satu rawatan semula jadi yang sangat berpotensi bagi rawatan kepada pesakit diebetes tahap 2.

2. Membantu Diet

Chia seed boleh memberikan anda rasa kenyang sepanjang hari, jchia seed ini boleh membantu dalam mengawal kuantiti nasi yang kita ambil semasa makan tengahari dan malam. Memakan ataupun meminum chia seed ini sesuailah dengan kata-kata “Lose Weigth Without Starving”. Ini kerana apabila kita memakan chia seeds, chia seed ini akan mengembang di dalam perut kita dan menjadikan perut kita penuh dan terasa kenyang.

3. Baik Untuk Kulit

chia seed

Terdapat kajian yang memanfaatkan asid lemak omega-3 dalam penyediaan ubat sapu yang mana ianya mengandungi minyak yang terdapat didalam chia seed didalamnya. Ubat sapu tersebut telah diformulasikan menggunakan 4% minyak chia seed dan digunakan selama 8 minggu terhadap 10 orang yang menghidapi penyakit kulit. Hasil kajian mendapati bahawa ubat sapu yang diformulasikan tersebut telah membantu dalam melembapkan kulit, membaiki kulit kering akibat digaru ataupun gatal.

4. Kesihatan Jantung

Chia seed ini mengandungi asid lemak yang sangat penting yang mana ianya membantu dalam meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan “triglycerides” dan kolesterol dalam darah. Untuk pengetahuan anda, peningkatan kolesterol yang baik ini sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan jantung. Bukan itu sahaja peningkatan kolesterol yang baik juga turut membantu dalam mencegah penyakit dan strok. Pengambilan biji chia secara teratur dapat menurunkan tekanan sistolik dan diastolik.

5. Antioksidan

Chia seed ini juga merupakan sumber antioksidan yang sangat baik. Chia seed ini mengandungi 20% lebih antioksidan berbanding daripada beri biru. Ia mengandungi antioksidan seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida. Kandungan antioksidan yang tinggi menghalang biji chia daripada menjadi tengik. Antioksidan juga turut membantu dalam menghalang kerosakan daripada radikal bebas yang menyebabkan keradangan.

6. Kekuatan Otak

Biji Chia juga boleh membantu dalam meningkatkan fungsi otak manusia. Hal ini kerana, asid lemak yang terkadung didalam biji chia menjadikan membran sel di dalam otak lebih fleksibel dan efisien.  Chia seed ini juga menjadikan nutrien lebih mudah didapati, menjadikan transmisi saraf lebih berkesan. Ini membantu meningkatkan daya ingatan dan daya konsentrasi.

7. Kesihatan Tulang

Setiap satu hidangan biji chia menyediakan 18% daripada kalsium yang disyorkan setiap hari. Ini sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis. Ini kerana, chia seed ini mengandungi jumlah kalsium yang tinggi dan juga sumber boron yang kaya.
 
Chia seed ini mempunyai khasiat yang sangat banyak dan penting bagi kesihatan tubuh badan kita. Chia seed ini juga sangat terkenal dalam kalangan individu yang ingin menurunkan berat badan keranan chia seed ini sangat berkesan dalam mengurangkan berat badan. 

Baca juga:
Apa tunggu lagi? Jom kita amalkan pengambilan chia seed dalam pemakanan seharian kita demi kesihatan tubuh badan kita.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel