Maksud Bunga Ros Berdasarkan Warna Dan Bilangan Yang Diberikan
Maksud Warna Bunga Ros
WARNA BUNGA ROS |
MAKSUD |
Merah |
Cinta yang tulus ikhlas, keghairahan dan keberanian.
Menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana
berkata “I Love You”. |
Pink |
Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang
memaparkan kegembiraan. Bunga ros berwarna pink gelap menunjukkan tanda
penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Bunga ros
berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati. |
Kuning |
Membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan
dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru, untuk
menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih
pada hari yang menggembirakan. |
Putih |
Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the
bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” biasanya digunakan
sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan
cinta. Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I
miss you”. |
Lavender |
Cinta pandang pertama dan pesona. Untuk menyampaikan
mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh
menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa. |
Oren |
Keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Pilihan
yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh
lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru. |
Hitam |
Permulaan yang baru, kelahiran semula, kematian. Kadang-kadang
ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia
mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga
boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru. |
Biru |
Mustahil dan tak dapat disempurnakan. Bunga ini
hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai
diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat
diteruskan. |
Maksud Bilangan Bunga Ros
BILANGAN BUNGA ROS |
MAKSUD |
1 Rose |
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu |
2 Roses |
Saling menyayangi antara satu sama lain |
3 Roses |
I love you |
6 Roses |
Aku ingin menjadi milikmu |
7 Roses |
Aku tergila-gilakan kamu |
9 Roses |
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa |
10 Roses |
Kamu adalah sempurna |
11 Roses |
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling
disayangi di muka bumi ini |
12 Roses |
Be my steady |
13 Roses |
Peminat rahsia |
15 Roses |
Saya minta maaf, tolong maafkan saya |
20 Roses |
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu |
21 Roses |
Aku setia pada mu |
24 Roses |
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari |
33 Roses |
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam
lagi |
36 Roses |
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama |
40 Roses |
Cintaku padamu adalah tulen |
50 Roses |
Cinta yang tiada sesalan |
99 Roses |
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku |
100 Roses |
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan
kekal setia hingga lanjut usia |
101 Roses |
Kaulah satu-satunya cintaku |
108 Roses |
Jom Kahwin! |
365 Roses |
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari |
999 Roses |
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila |
Lihat juga: Maksud Disebalik Emoji Love Mengikut Warna