10 Permainan Tradisional Melayu Di Malaysia Yang Terkenal

Jika kita ingat kembali zaman kanak-kanak kita, Dimana kita akan berkumpul setiap petang di padang, halaman, atau taman permainan untuk bermain dengan kawan-kawan kita.

Walaupun permainan yang kita mainkan ketika itu tidaklah secanggih permainan pada gajet kanak-kanak hari ini, ia tetap menarik dan menyeronokkan, dan ia menjadi antara kenangan terindah yang kita kenang hingga hari ini.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan senarai permaianan tradisional melayu di Malaysia yang mungkin dapat membuatkan anda mengimbau kenangan di masa lalu.

Permainan Tradisional Melayu

permainan tradisional melayu

1. Gasing

Gasing ialah permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil seimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dilakukan selepas menuai. Pemenang ditentukan berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing diperbuat daripada kayu seperti bebaru, kemuning, merbau, rambi, durian, atau kundang. Kayu tersebut akan ditakuk dan dikikis sehingga berbentuk gasing. Tali gasing diperbuat daripada kulit pokok yang baru dipotong. Walau bagaimanapun, tali gasing kini terdiri daripada tali nilon dan biasanya sepanjang 1 meter.

2. Congkak

Congkak ialah permainan Melayu lama. Lazimnya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di tanah, dan buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Congkak dipercayai berasal dari Afrika atau dunia Arab. Bukti tertua, bagaimanapun, ditemui di Jordan.

Congkak mungkin berasal dari Asia Tenggara dari Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan. Istilah "congkak" dianggap berasal daripada perkataan Melayu "congak," yang bermaksud "pengiraan mental." Selain Melayu, keturunan India dan Baba Melaka terlibat dalam permainan Congkak.

3. Galah Panjang

Sebuah gelanggang dilakar di atas permukaan yang rata untuk permainan tradisional Melayu Galah Panjang dimainkan. Bergantung pada bilangan pemain, gelanggang yang dihasilkan mempunyai dua lajur dan beberapa baris. Terdapat dua kumpulan yang diperlukan untuk permainan tradisional Melayu di Malaysia ini.

Seorang ketua akan dipilih oleh setiap pasukan. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggang dan siapa yang menempuh gelanggang. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan.

4. Konda Kondi

Permainan tradisional konda kondi ini sering sekali kita dilihat dimainkan oleh kanak-kanak di animasi malaysia iaitu animasi Upin dan Ipin. Pemainanan tradisional konda kondi ini memerlukan fokus yang sangat tinggi oleh pemainnya. Fokus yang sangat tinggi disertai dengan koordinasi kedudukan tangan dan mata yang baik juga sangat penting untuk menyungkit kayu kecil dengan menggunakan batang kayu yang lebih besar dan berlari sambil mengejar kayu kecil yang dibaling sebelum menangkap kayu kecil tersebut.

5. Pukul Berapa Datuk Harimau

Permainan tradisional Pukul Berapa Datuk Harimau merupakan salah satu permainan tradisional yang sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak masyarakat melayu. Hal ini kerana, permainan tradisional ini sangat terkenal dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu petang. Permainan tradisional Pukul Berapa Datuk Harimau datang ini dimainkan dengan cara menyanyikan lagu Pukul Berapa Datuk Harimau dan orang yang menjadi harimau akan mengejar rakan-rakan yang lain untuk dijadikan ganti sebagai harimau. Permainan ini buka sahaja seronok dimainkan oleh kanak-kanak malah boleh membantu kanak-kanak menguatkuat daya tahan kardiovaskular mereka dengan cara berlari.

6. Batu Seremban

Walaupun permainan batu seremban ini hanya permainan yang tidak memerlukan banyak pergerakan, yang mana pemain batu seremban ini hanya memerlukan posisi yang duduk saja, namun begitu permainan tradisional batu seremban ini memerlukan fokus yang tinggi dan koordinasi tangan yang betul untuk membaling dan menangkap semula batu yang telah dibaling. Permainan tradisional batu seremban ini mengajar kanak-kanak untuk melatih pergelangan tanagan dan jari-jemari mereka agar kemahiran motor halus dapat ditingkatkan.

7. Lompat Getah

Permainan lompat getah merupakan permainan tradisional melayu yang sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Selain daripada namanya sebagi lompat getah, permainan tradisional ini juga turut dikenali sebagai lompat tali ataupun zero point oleh masyarakat di segelintir tempat. Cara permainan tradisional lompat getah ini dimainkan adalah permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang yang merupakan ahli kumpulan yang sama untuk memegang getah dari kiri dan kanan. Seterusnya pada waktu yang sama peserta daripada kumpulan lawan akan melompat tali getah tersebut. 

8. Tingting

Tingting adalah permainan lama yang telah dimainkan selama berabad-abad. Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi otot mereka kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan mereka untuk melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.

9. Guli

Permainan guli biasanya melibatkan membaling guli tepat ke arah sasarannya. Ia paling biasa dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur tujuh hingga dua belas tahun. Bilangan pemain adalah terhad kepada lima orang. Kawasan tanah yang rata dan terbuka adalah gelanggang yang sesuai untuk bermain guli.

10. Wau

Sejak ratusan tahun, permainan wau merupakan salah satu permainan tradisional orang Melayu. Permainan ini menggabungkan unsur-unsur budaya Melayu. Ini dapat dilihat pada corak dan motif yang terdapat pada wau.

Permainan ini popular di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar, terutamanya di negeri Kedah, Perlis, dan Kelantan di wilayah barat laut Malaysia. Permainan wau telah berkembang menjadi tradisi lepas tuai. Wau terdapat dalam 19 jenis, antaranya Wau Bulan, Wau Helang, Wau Seri Bulan, dan lain-lain.


Kesimpulannya, masih banyak lagi sebenarnya permainan tradisional melayu yang sangat popular dimainkan oleh kanak-kanak pada masa lalu dan sejujurnya memang ada kerinduan untuk berada disituasi permainan tradisional yang semakin jarang dimainkan pada masa ini.

Diharap perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada anda semua. Sekian.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel