Tingkatkan Kemahiran Mengira Kanak-Kanak Dengan Main Game

tingkatkan kemahiran mengira kanak-kanak dengan main game

Kalau ingat balik masa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah, subjek matematik antara subjek yang saya sendiri sangat suka. Tetapi, keputusan untuk subjek matematik untuk setiap ujian memang kurang memuaskan sebab kurangnya latihan. Mungkin kalau rajin buat latihan, mesti boleh skor dengan lebih baik.

Seiring dengan kemajuan teknologi, semakin banyak tools atau alat digital yang kita boleh gunakan untuk meningkatkan kemahiran kita. Salah satu contohnya ialah, laman web Calculators.org yang menyediakan pelbagai game atau permainan matematik.

Laman web Calculators.org ini, pada awalnya hanya menyasarkan game yang berkaitan matematik sahaja, namun sekarang terdapat lebih banyak permainan yang boleh dimain oleh semua peringkat umur.

Bagus sebenarnya ada laman web seperti ini kerana, ianya dapat membantu meningkatkan kemahiran kita, menghilangkan bosan dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak, memang sangat sesuai kerana disamping dapat bermain game, mereka juga serba sedikit dapat meningkat kemahiran mereka.

Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa game yang sangat menarik untuk dimainkan di Calculators.org.

Game Menarik di Calculators.org

Sebelum itu, untuk bermain permainan di Calculators.org ini kita tidak perlu pun muat turun apa-apa aplikasi sebab kita boleh terus main dalam laman web tersebut.

Antara permainan matematik & logik yang sesuai untuk menguji minda dan meningkatkan kemahiran mengira terutama kanak-kanak, di laman web tersebut ialah:

1. Math Speed


Permainan ini membantu pelajar mempelajari penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.

Game ini mungkin sangat mudah bagi orang dewasa namun bagi kanak-kanak, ianya sangat membantu untuk mengasah skill mengira dengan lebih laju.

2. Grocery Cashier


Dalam game ini, ada merupakan seorang cahsier atau penjaga kaunter pembayaran yang akan membuat pengiraan harga barang dan juga jumlah baki yang perlu dikembalikan kepada pelanggan.

Permainan ini juga sangat membantu dalam mengasah kemahiran mengira.


Kedua-dua permainan diatas ini sememangnya dapat membantu dalam mengasah atau meningkatkan lagi kemahiran kanak-kanak atau pelajar untuk mengira. Jadi, kalau ada masa yang terluang, anda bolehlah ajak anak-anak anda untuk sama-sama bermain game dilaman web tersebut.

Lebih menarik lagi, bukan sekadar game kira mengira yang ada disana, malahan ada lebih banyak jenis lagi permainan yang anda boleh mainkan di laman web tersebut. Anda boleh lihat lebih banyak jenis game disini https://www.calculators.org/games/all.php.

Kesimpulannya, kalau mahu anak anda lebih cepat atau lebih mahir dari kanak-kanak yang lain dalam subjek matematik, anda boleh lah asah kemahiran mereka dengan lebih awal, iaitu salah satu caranya ialah dengan main permainan matematik di Calculators.org. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel