Cara Renew Kad Hijau CIDB Secara Online

renew kad hijau cidb

Panduan ini adalah untuk anda jika anda seorang kontraktor atau bekerja di syarikat pembinaan yang menguruskan pekerja tempatan dan asing. Sila baca cara renew Kad Hijau CIDB anda dengan betul untuk mengelakkan tindakan daripada pihak berkuasa.

Apa Itu Kad Hijau CIDB?

Kad Hijau CIDB adalah kad yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CIDB. Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang rasmi dan diterima pakai oleh pihak Industri Pembinaan.

Untuk memiliki kad ini seseorang diwajibkan mengikuti kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers) selama sehari. Ia memberi peluang yang baik kepada peserta mendapat pengetahuan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 

Cara Renew CIDB Green Card

Berikut adalah cara yang mudah untuk renew Kad Personel Binaan (Kad Hijau/Green Card):
  1. Layari laman web https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml untuk masuk ke portal rasmi CIDB.
  2. Masuk ke bahagian login, dan login akaun anda dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  3. Setelah anda berjaya login, akan ada terpapar menu untuk dipilih. Pilih Construction Personnel.
  4. Seterusnya, pilih Construction Personnel Module, dan pilih pula Personnel Card.
  5. Akan ada ruangan untuk anda mengisi maklumat yang diperlukan. Sika isi kesemuanya.
  6. Kemudian, anda akan diberi pilihan untuk membayar secara online banking, atau anda hanya perlu hadir ke kaunter CIDB di daerah yang menjadi pilihan anda.
  7. Anda juga diberi pilihan, sama ada untuk mendapatkan green card anda secara pos terus ke alamat surat menyurat anda, atau anda boleh mengambil kad anda di kaunter CIDB.
  8. Tahniah, anda telah berjaya renew green card anda.
  9. Walau baagimanapun, proses renew green card ini akan mengambil masa minimum sebulan. Jadi, anda boleh cetak green card yang sementara di laman web rasmi CIDB. Anda akan dimaklumkan sekiranya green card anda telah siap dikemas kini.

Itulah cara renew kad hijau cidb secara online. Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel