Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM

Orang kurang upaya (OKU) merupakan golongan yang memerlukan sokongan khas untuk membolehkan mereka berfungsi dalam kehidupan seharian. Dalam usaha untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan program bantuan yang dikenali sebagai Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

Program ini bertujuan untuk membantu OKU yang tidak dapat bekerja dan untuk mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Apa Itu BTB?

bantuan oku tidak berupaya bekerja

Bantuan ini diberikan oleh JKM untuk membolehkan OKU yang tidak dapat bekerja memperoleh pendapatan sampingan dan juga membantu mengurangkan bebanan kewangan keluarga. Menerusi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ini, OKU yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 setiap bulan.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon BTB

Syarat untuk layak memohon bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM adalah:
  • Warganegara dan tinggal di Malaysia.
  • Berusia 16 tahun ke atas.
  • Pemegang Kad OKU JKM.
  • Tidak mampu bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni atau pelatih di:
    • Institusi kendalian JKM.
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma.
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa. (Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain).

Cara Memohon BTB

Untuk membuat permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), ikuti langkah di bawah ini:
  1. Muat turun borang Permohonan Bantuan (JKM 18).
  2. Isikan dengan maklumat yang tepat dan lengkap.
  3. Kemudian, bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat dengan kawasan anda.
Dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama ialah:
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mengalami sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), sila hubungi pihak JKM di:
  1. Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/
  2. Hubungi: 03-8000 8000
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel