Cara Tukar Password BSN Online Banking

Jika anda pengguna perbankan internet Bank Simpanan Nasional (BSN) dan terlupa kata laluan akaun BSN Online, tidak perlu risau, kerana BSN menyediakan cara mudah untuk menukar kata laluan akaun secara dalam talian.

Ya, tidak dinafikan memang membimbangkan juga kalau terlupa password, lebih-lebih lagi keadaan ini akan mengganggu urusan perbankan kita secara online.

Jadi untuk membantu anda yang mungkin mengalami masalah ini, berikut dikongsikan panduan langkah demi langkah untuk tukar kata laluan akaun BSN secara dalam online.

Cara Tukar Password BSN Online Banking

Sebelum itu, pastikan anda memiliki sambungan internet yang stabil dan lebih bagus lagi kalau anda menggunakan laptop atau komputer.

Jom kita lihat caranya!

Langkah 1
Layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do dan seterusnya tekan Forgot Password.

panduan cara tukar password bsn

Langkah 2
Seterusnya, isi username, debit card number, no pin kad atm (benda ni akan muncul sejurus korang taip debit card number yang 16 number tu).

Isi cvv2 (3 angka dekat belakang kad), expiry date (depan kad ada part dia tulis valid thru) serta ic anda. Dan tekan submit.

lupa kata laluan bsn

Langkah 3
Kemudian tulis password baru anda. Password ini perlu unik dan anda perlu ingat / simpan elok-elok. Kombinasi kata laluan ini kena ada huruf besar, huruf kecil, nombor dan seeloknya letak sekali simbol. Contohnya: Azmil_221

cara reset password bsn

Langkah 4
Selepas itu, tulis semula di ruangan Confirm New Password dan tekan Request OTP.

tukar password mybsn

Sudah dapat OTP, sila isi nombor tersebut di ruangan OTP NUMBER. Tekan Submit.

Jika tidak ada apa masalah, proses tukar password akaun BSN Online akan berjaya. 

Sekiranya anda masih menghadapi masalah, sila hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900.

SUMBER: FB Izni Arshad
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel