Cara Daftar Public Bank Online Banking 2024

PBeBank atau juga dikenali sebagai PBe adalah satu perkhidmatan perbankan dalam talian atau internet banking yang diberikan oleh Public Bank kepada pelanggan mereka.

Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pelanggan mereka dan membolehkan mereka melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan banyak lagi.

Dengan PBe, anda mempunyai kemudahan untuk melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan hari, termasuk hujung minggu dan cuti.

Senarai Kandungan [Show]

Cara Daftar Public Bank Online Banking

cara daftar public bank

Berikut saya kongsikan kepada anda beberapa cara untuk register Public Bank Online Banking.

Sebelum itu anda perlu mengetahui tentang syarat kelayakan untuk memohon akaun PBe.

Bagi memohon akaun PBe, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  2. Memiliki mana-mana produk Public Bank seperti:
a. Akaun simpanan
b. Akaun semasa
c. Pinjaman atau Sewa Beli
d. Kad kredit

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat tersebut, teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun PBeBank anda dengan salah satu cara di bawah.

1. Daftar Menggunakan Mesin ATM

Untuk mendaftar akaun PBeBank anda di mesin ATM, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Pergi ke mesin ATM yang berdekatan dengan anda.
  2. Masukkan kad ATM dan nombor PIN anda.
  3. Pilih "Other Services".
  4. Pilih "Register Internet Banking".
  5. Masukkan nombor telefon anda untuk menerima nombor Pengesahan Pengekod Peribadi (PAC).
  6. Tetapkan kata laluan PBeBank anda.
  7. Untuk penggunaan pertama kali, layari laman PBe di https://www.pbebank.com/ dan klik pada butang "First Time".

2. Daftar Di Kaunter Cawangan Public Bank

Ini adalah cara tradisional yang mungkin memerlukan sedikit masa kerana anda perlu pergi ke cawangan Public Bank yang terdekat, mengambil nombor giliran dan menunggu sehingga giliran anda dipanggil.

Apabila giliran anda dipanggil, anda akan diminta untuk mengisi borang sebelum dilayan di kaunter.

3. Daftar Di Laman Web PBeBank

Anda boleh mendaftar akaun PBeBank dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Layari https://www.pbebank.com/
  2. Klik "Log In" pada penjuru kanan atas.
  3. Pilih "PBe".
  4. Klik "Register".
  5. Lengkapkan semua butiran yang diminta sehingga selesai.

Pastikan anda menyimpan maklumat akaun anda dengan baik dan tidak memberikannya atau berkongsi dengan sesiapa agar transaksi menggunakan PBeBank adalah selamat.

Customer Service Public Bank

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah semasa mendaftar akaun, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Public Bank seperti berikut:
  • PBe Customer Support: 603-2179 9999
  • E-mel: customersupport@publicbank.com.my
  • Waktu operasi perkhidmatan Public Bank adalah dari 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Diharap perkongsian tentang cara mendaftar akaun Public Bank bermanfaat untuk anda semua. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel