Permainan Video Kewangan Untuk Tingkatkan Kemahiran Kanak-Kanak
2024-08-03T15:32:45Z
Dalam dunia kewangan yang semakin kompleks, memahami konsep kewangan pada peringkat awal kehidupan atau ketika masih kanak-kanak amatlah penting.
Salah satu cara untuk memperkenalkan konsep kewangan pada kanak-kanak adalah melalui money game ataupun permainan kewangan. Permainan kewangan untuk kanak-kanak membantu mereka memahami konsep kewangan dan menggalakkan mereka mempelajari nilai wang secara berkesan.
Jadi, dalam artikel ini saya akan kongsikan mengenai satu laman web iaitu Money Game Mortgage Calculator yang menyediakan permainan kewangan atau money game yang boleh membantu mendidik kanak-kanak tentang kewangan dengan cara yang menyeronokkan.
Permainan Video Kewangan Percuma Untuk Kanak-kanak
Laman web Money Game Mortgage Calculator, menyediakan banyak game online yang menyeronokkan, percuma dan tanpa iklan untuk kanak-kanak.
Saya juga ada cuba beberapa game di laman web tersebut dan boleh dikatakan permainan yang ada memang sangat menyeronokkan dan paling sesuai untuk anak-anak.
Salah satu game yang menarik dan sangat bagus untuk kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang di laman web tersebut adalah Grocery Cashier.
Permainan Grocery Cashier adalah sebuah permainan di mana kanak-kanak boleh belajar atau berlatih dalam operasi tambah dan tolak, serta kemahiran berkaitan wang dengan mengendalikan mesin daftar tunai.
Permainan ini cukup mudah tetapi perlu cepat menekan harga barangan kerana terdapat had masa. Selepas memasukkan semua harga barangan dan menekan butang jumlah total, juruwang akan menerima bayaran dalam bentuk tunai atau baucar tunai.
Anda hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan, iaitu memasukkan nombor yang tertera, kemudian menambahkannya dengan nombor seterusnya, dan menekan jumlah total untuk bayaran penuh.
Kemudian, pelanggan akan memberikan wang dan anda perlu memasukkan jumlah yang diberikan oleh pelanggan dan menolaknya. Akhir sekali, anda perlu menekan bahagian wang dan memberikan baki kepada pelanggan.
Pada pandangan saya, permainan ini bukan sahaja menyeronokkan bagi kanak-kanak tetapi juga dapat mengasah lagi kemahiran kanak-kanak dalam matematik serta memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk menjadi cashier walaupun hanya dalam permainan.
Permainan Grocery Cashier ini termasuk dalam kategori Money Game yang ada di Money Game Mortgage Calculator. Masih banyak lagi kategori game yang ada dan setiap kategori itu memiliki banyak game. Antara kategori game lain yang ada di laman web tersebut ialah seperti:
- Real Estate Game
- Farming Simulation Games
- Restaurant Simulation Games
- Dan banyak lagi yang anda boleh lihat sendiri di https://www.mortgagecalculator.org/money-games/
Kenapa Permainan Kewangan Penting Untuk Kanak-Kanak?
Antara sebab kepentingan permainan kewangan atau money game kepada kanak-kanak ialah:
Memperkenalkan konsep kewangan secara menyeronokkan
Permainan kewangan untuk kanak-kanak dapat memperkenalkan konsep kewangan dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Dengan menggunakan permainan, kanak-kanak akan lebih berminat dan termotivasi untuk mempelajari konsep kewangan. Ini akan memudahkan mereka memahami dan mengingati konsep kewangan dengan lebih mudah.
Membantu kanak-kanak memahami nilai wang
Permainan kewangan dapat membantu kanak-kanak memahami nilai wang dan bagaimana ia berfungsi dalam kehidupan sehari-hari. Dengan bermain permainan kewangan, kanak-kanak dapat belajar tentang tabungan, perbelanjaan, dan kepentingan untuk berjimat cermat dalam menggunakan wang.
Meningkatkan kemahiran kewangan kanak-kanak
Melalui permainan kewangan, kanak-kanak dapat memperoleh kemahiran kewangan yang berguna dalam kehidupan mereka di masa depan. Mereka dapat mempelajari kemahiran seperti menguruskan wang, membelanjakan wang secara bijak, mengenal pasti dan menilai risiko, serta membuat perancangan kewangan yang baik.
Dalam kesimpulannya, permainan kewangan untuk kanak-kanak adalah cara yang efektif untuk memperkenalkan konsep kewangan dan meningkatkan kemahiran kewangan pada peringkat awal kehidupan mereka. Oleh itu, permainan kewangan harus diberi perhatian dan dianggap sebagai satu cara yang penting dalam membantu kanak-kanak memahami dunia kewangan.
Semoga bermanfaat. Sekian.