Cara Check Login History Instagram

Sebagai pengguna Instagram, anda mungkin pernah mengalami situasi di mana anda rasa curiga terhadap aktiviti log masuk pada akaun Instagram, atau mungkin terdapat aktiviti yang mencurigakan pada login history Instagram.

Disini, saya akan kongsikan panduan mengenai bagaimana cara untuk memeriksa sejarah log masuk Instagram dan tindakan yang perlu diambil jika terdapat aktiviti yang mencurigakan pada akaun Instagram.

Cara Memeriksa Login History Instagram

cara check login history instagram

Memeriksa sejarah log masuk Instagram adalah satu langkah yang penting untuk mengekalkan keselamatan akaun Instagram.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diikuti untuk memeriksa sejarah log masuk Instagram:
  1. Buka aplikasi Instagram.
  2. Klik pada profil anda (ikon profil pada sudut kanan bawah skrin).
  3. Klik pada tiga baris pada sudut kanan atas skrin.
  4. Pilih 'Setting'.
  5. Klik pada 'Security'.
  6. Kemudian pilih 'Login Activity'. Disini akan ditunjukkan lokasi dan jenis device yang sedang logged in.
  7. Sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan pada login history, anda boleh mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut dengan terus Log Out daripada .

Apa Perlu Buat Kalau Ada Aktiviti Yang Mencurigakan Pada Login History Instagram?

Sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan pada sejarah log masuk Instagram, langkah-langkah berikut boleh membantu untuk mengatasi masalah tersebut:

Mengubah Katalaluan Instagram

Satu langkah pertama yang perlu anda ambil adalah mengubah katalaluan Instagram. Pastikan katalaluan yang baru adalah kuat.

Mengaktifkan Two-factor authentication

Pengesahan dua faktor atau Two-factor authentication adalah satu lagi langkah keselamatan yang penting untuk melindungi akaun Instagram daripada akses yang tidak sah.

Dengan pengesahan dua faktor, akaun Instagram akan memerlukan kod pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit setiap kali anda mencuba untuk log masuk dari peranti yang tidak dikenali.

Hindari Aplikasi Tidak Sah

Pastikan untuk tidak memasang aplikasi Instagram yang tidak sah atau meragukan. Antara contoh aplikasi ialah seperti, aplikasi menaikan follower Instagram dan yang lain-lain.

Aplikasi seperti ini boleh mencuri maklumat akaun Instagram dan boleh menyebabkan aktiviti log masuk yang mencurigakan pada akaun Instagram.


Kesimpulannya, kalau ada apa-apa aktiviti yang meragukan pada akaun Instagram, jangan lupa untuk cek login history seperti yang saya tunjukkan diatas supaya akaun Instagram anda lebih selamat. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel