14 Khasiat Daun Pandan Untuk Kesihatan
2024-08-04T23:08:39Z
Daun pandan, juga dikenali sebagai Pandanus amaryllifolius, adalah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Asia Tenggara.
Daun pandan umumnya digunakan sebagai bahan masakan, baik segar maupun kering, untuk memberikan aroma unik pada masakan.
Selain itu, daun pandan juga mempunyai manfaat kesihatan yang ketara dan telah digunakan dalam perubatan tradisional sejak berkurun lamanya.
Daun pandan mengandungi banyak khasiat penting yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh, seperti vitamin A, C, dan B.
Selain itu, daun pandan juga kaya dengan sebatian antioksidan yang dapat membantu mencegah kerosakan sel dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Khasiat Daun Pandan
1. Turunkan tekanan darah
Rebus beberapa helai daun pandan dengan 2 gelas air. Rebus hingga airnya menyusut hampir separuh gelas. Kemudian minum airnya.
2. Menurunkan tahap gula dalam darah
Ambil beberapa batang akar yang terjuntai. Bersihkan dan rebus untuk dijadikan minuman. Minumlah segelas pada waktu pagi dan petang.
3. Menghilangkan sakit kepala
Untuk mengelakkan sakit kepala, anda boleh mencuba untuk menambahkan daun pandan ke dalam hidangan atau minuman seperti air sirap, lemon atau nasi.
Ini boleh menjadi pilihan alternatif kepada ubat yang mungkin mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini pada badan anda.
4. Membantu meredakan rasa sakit gout
Rebus tujuh helai daun pandan dalam lima gelas air hingga tersisa dua gelas. Setelah sejuk, minum segelas di pagi dan segelas di petang setiap hari.
5. Menghilangkan bau badan
Campurkan daun pandan dengan air limau nipis, kemudian sapu pada badan dan ketiak. Selepas itu, basuh badan anda dengan sabun dan bilas dengan air bersih. Ulang beberapa kali untuk hasil yang lebih baik.
6. Menurunkan kolesterol
Selain dapat menurunkan tekanan darah tinggi, penggunaan air rebusan daun pandan secara teratur juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
7. Mengatasi sembelit
Rebus daun pandan dan minum airnya.
8. Meningkatkan selera makan
Minum dua gelas rebusan daun setiap hari dapat membantu meningkatkan selera makan.
9. Merawat rambut
Hancurkan 10 helai daun pandan yang masih segar dan campurkan dengan 100ml santan kelapa yang sudah tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit sebelum membilas rambut dengan air atau syampu. Teknik ini dapat membantu merawat rambut.
Baca juga: Petua Lebatkan Rambut Nipis Dengan Cepat
10. Merawat resdung, jeragat, dan jerawat batu
Blender daun pandan bersama dengan buah limau, kemudian sapukan pada muka. Selepas itu, bilas bersih. Bahan ini juga boleh dicampurkan dengan bedak sejuk, kemudian tampal tebal-tebal pada muka. Setelah bahan kering, gosok perlahan-lahan dengan sapu tangan dan bilas dengan air suam.
11. Merawat masalah susah tidur
Ambil daun pandan, jemur dan keringkan, lalu potong menjadi kecil-kecil dan masukkan ke dalam bantal sebagai pengganti kekabu atau kapas. Selain itu, dapat juga dimasukkan jintan putih dan jintan manis.
12. Menghilangkan bau badan
Rebus 3 helai daun pandan bersama dengan sepotong halia serta seketul gula batu. diminum dalam keadaan suam.
13. Bagus untuk ibu bersalin
Tumbuhan pandan memiliki kandungan kimia tertentu yang dapat membantu meredakan rasa sakit. Selain itu, daun pandan juga dapat meredakan sakit perut yang mungkin disebabkan oleh infeksi atau inflamasi.
Menurut petua tradisional, daun atau akar pandan direbus dan diminum oleh ibu yang baru melahirkan selama 40 hari berturut-turut.
14. Melegakan demam dan selesema
Dahulu kala, tumbuhan wangi ini digunakan untuk membantu meredakan demam atau selesema. Caranya, tumbuhan tersebut direbus dalam air untuk mengambil ekstraknya dan diminum sebagai minuman.