9 Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi
2024-08-04T23:08:39Z
Tekanan darah tinggi menjadi masalah kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi serius seperti penyakit jantung, strok, dan gangguan buah pinggang.
Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengetahui cara-cara semulajadi yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan berkesan.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan beberapa cara yang boleh diikuti untuk mengurangkan tekanan darah tinggi secara semulajadi.
9 Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi
Berdasarkan banyak kajian yang dilakukan, dapatan menunjukkan bahawa 9 cara ini berjaya dalam menurunkan tekanan darah tinggi.
1. Berjalan laju
Kajian menunjukkan bahawa berjalan laju boleh menurunkan tekanan darah sehingga 8mmHg. Senaman ini membantu jantung menggunakan oksigen dengan lebih efisyen, menjadikan jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah.
2. Bernafas secara dalam
Anda boleh melakukannya dengan menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung selama kiraan 5, menahan nafas seketika selama kiraan 4, dan melepaskannya perlahan-lahan melalui mulut selama kiraan 8.
3. Mengambil makanan tinggi potassium
Kajian dari Universiti Northwestern menunjukkan bahawa manusia memerlukan 2000-4000mg potassium setiap hari. Sumber potassium yang terbaik boleh diperoleh daripada pisang, ubi keledek, tembikai, bayam, dan ikan salmon.
4. Mengurangkan pengambilan garam
Berhati-hati dengan makanan yang tinggi garam. Kebanyakan makanan segera, makanan yang digoreng, dan makanan yang dimasak di restoran memiliki kandungan garam yang tinggi.
5. Mengambil Dark Chocolate dengan kandungan 70% atau lebih
Flavanol dalam coklat hitam menjadikan saluran darah lebih elastik atau anjal.
6. Mengambil suplemen CoQ10
Kajian ke atas 12 penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 dapat menurunkan tekanan darah sehingga 17mmHg/10mmHg. Ia bertindak dengan membesarkan pembuluh darah.
7. Mengelakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh
Kafein menyebabkan saluran darah mengecil. Kajian dari Duke University menunjukkan bahawa pengambilan kopi meningkatkan tekanan darah.
8. Minum Teh Hibiscus
Kajian dari Tuft University menunjukkan bahawa individu yang minum teh ini mengalami penurunan tekanan darah sistolik sebanyak 7 poin dalam tempoh 6 minggu.
9. Belajar cara mengurangkan tekanan atau stres
Cari hobi atau lakukan aktiviti yang membantu mengurangkan tekanan atau stres secara terancang. Selain membaca, berzikir, meditasi, dan mendengar muzik juga sangat membantu.
Kesimpulannya, dalam mengendalikan tekanan darah tinggi, penting untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Dengan melakukan perubahan dalam pemakanan, melakukan aktiviti fizikal secara berkala, mengelola tekanan, dan menjaga berat badan yang sihat, kita dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi secara semulajadi.
Walau bagaimanapun, sentiasa berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemantauan yang sewajarnya.
SUMBER: DrRizal Abu Bakar