Apa Maksud Red Flag?
2024-08-03T15:32:45Z
Istilah "Red Flag" akhir-akhir ini sering muncul dan tersebar di media sosial. Terutamanya di aplikasi Twitter, Instagram dan Tiktok.
Ini kemudian membuatkan ramai orang tertanya-tanya tentang maksud perkataan Red Flag.
Kalau ditranslate dari bahasa inggeris ke bahasa melayu, perkataan Red Flag bermaksud bendera merah. Namun, yang menjadi trend di media sosial tidaklah hanya membawa maksud kepada bendera merah sahaja tetapi ada maksud yang lebih dalam iaitu berkaitan dengan relationship atau perhubungan.
Dalam artikel ini, saya akan cuba kongsikan apa sebenarnya Red Flag supaya anda lebih memahami istilah tersebut. Tapi, lepas baca ini, jangan lupa baca juga, Maksud Perkataan Clingy.
Apa itu Red Flag?
Red Flag secara harfiahnya bermaksud bendera merah. Namun, dalam konteks penggunaan istilah ini, ia merujuk kepada isyarat atau tanda peringatan yang menunjukkan adanya risiko atau bahaya.
Red flag boleh dianggap sebagai isyarat awal yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan penting.
Ini adalah cara untuk mengenal pasti masalah atau keadaan yang mungkin tidak terlihat pada pandangan pertama tetapi mempunyai potensi untuk menyebabkan kesulitan atau kesusahan di kemudian hari.
Maksud Red Flag dalam Perhubungan/Relationship
Walaupun secara umumnya maksud istilah Red Flag ini boleh digunakan dalam pelbagai konteks, namun ramai yang menggunakan frasa ini di media sosial dalam konteks perhubungan.
Red Flag bermaksud terdapat petanda-petanda bahaya atau keadaan yang tidak sihat dalam sesuatu hubungan tersebut. Sebaiknya, hubungan tersebut perlu diakhiri.
Red Flag merujuk kepada tingkah laku atau sikap pasangan yang tidak sesuai dengan apa yang diharapkan dalam perhubungan.. Sesuatu perhubungan yang dianggap Red Flag jika:
- Emotional Abuse: Kalau seseorang selalu mengejek, menyalahkan, atau menjengkelkan pasangannya secara emosi.
- Overprotective: Kalau seseorang sentiasa menyekat kebebasan pasangannya atau sentiasa mengawal aktiviti mereka.
- Kecemburuan dan ketidakpercayaan yang berterusan.
- Penderaan fizikal: Jika seseorang menggunakan keganasan fizikal terhadap pasangan mereka, itu adalah Red Flag yang sangat serius dan harus dielakkan.
- Tidak mahu bincang tentang masalah: Kalau seseorang sentiasa mengelak bercakap tentang masalah dalam hubungan.
- Ketidakupayaan untuk menerima perbezaan atau toleransi: Jika seseorang tidak dapat menerima perbezaan yang wujud dalam hubungan, ia boleh menjadi Red Flag yang menunjukkan bahawa hubungan itu tidak sihat. Sebagai contoh, jika seseorang tidak dapat menerima kepercayaan atau budaya pasangan lain, itu boleh menjadi Red Flag yang menunjukkan bahawa hubungan itu tidak sihat.
Itulah penjelasan tentang maksud Red Flag yang menjadi trend media sosial. Semoga bermanfaat untuk semua.