Cara Dapatkan Bank Statement Bank Islam Secara Online

cara dapatkan bank statement bank islam

Cara mendapatkan penyata Bank Islam sebenarnya agak mudah, dan memandangkan perbankan internet Bank Islam tersedia, anda tidak perlu melawat bank. Namun, mungkin ramai lagi yang tidak tahu perkara ini.

Penyata bank, yang berfungsi sebagai dokumen bukti aliran kewangan yang penting, boleh digunakan untuk pelbagai tujuan formal, seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (untuk individu yang bekerja sendiri), dan banyak perkara lain, seperti meminta bantuan kerajaan.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda, cara untuk dapatkan penyata akaun atau statement Bank Islam dengan mudah.

Sekiranya anda juga merupakan pengguna Maybank, anda juga boleh baca Cara Dapatkan Bank Statement Maybank

Apa Itu Penyata Akaun?

Penyata akaun ialah dokumen yang memperincikan urus niaga kewangan akaun anda, termasuk jumlah urus niaga debit dan kredit serta tarikh.

Untuk transaksi rasmi yang melibatkan pembelian yang banyak, seperti pembelian rumah atau kereta, penyata akaun biasanya diperlukan kerana bank yang membiayai pinjaman ingin memastikan perkara berikut:
  • Pengurusan kewangan anda
  • Aliran keluar masuk duit anda
  • Duit tunai yang anda miliki dalam akaun
Penyata kewangan ini juga akan memudahkan bank yang memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta, contohnya, untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk pinjaman.

Cara Aktifkan e-Statement Akaun Bank Islam

Jika ini adalah pertama kali anda ingin mendapatkan penyata akaun secara atas talian (dikenali sebagai e-Statement), anda perlu langgan atau aktifkan perkhidmatan tersebut terlebih dahulu.

Untuk melakukannya, ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Log masuk ke akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Pilih (My Accounts)
  3. Klik (e-Statement), kemudian (Download)
  4. Pilih (Maintenance)
  5. Klik pada kotak pengesahan (Terms and Conditions)
  6. Klik pada butang (Proceed)
  7. Pilih akaun/kad yang anda inginkan untuk menerima penyata akaun
  8. Masukkan alamat emel (penyata akaun akan dihantar ke emel ini setiap bulan)
  9. Klik pada butang (Proceed)
  10. Klik pautan (Request i-Access Code)
  11. Masukkan kod yang dihantar ke telefon pintar anda untuk pengesahan
  12. Klik (Confirm)
Sekarang, anda telah berjaya melanggan penyata akaun secara atas talian dan akan menerima penyata melalui emel setiap bulan.

Cara Dapatkan Penyata Bank Islam Secara Online

Untuk mendapatkan penyata Bank Islam secara dalam talian, anda perlu telah mengaktifkan akaun perbankan internet Bank Islam anda terlebih dahulu.

Berikut adalah langkah-langkahnya:
  1. Log masuk ke akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik pada My Accounts
  3. Pilih e Statement, kemudian klik Download
  4. Pilih akaun/kad yang diingini
  5. Pilih bulan penyata kewangan yang ingin dimuat turun
  6. Klik "buka" untuk melihat penyata akaun
  7. Setelah itu, klik "Save" untuk memuat turun penyata Bank Islam anda
  8. Untuk mencetak penyata akaun tersebut, buka fail yang telah dimuat turun di komputer anda dan cetak seperti biasa.

Itulah cara untuk mendapatkan penyata akaun atau bank statement Bank Islam secara online. Semoga bermanfaat. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel