7 Petua Elak Nasi Cepat Basi Paling Mudah

Menikmati lauk tanpa nasi terasa seperti ada yang kurang. Betul, nasi merupakan makanan ruji dalam kehidupan seharian bagi masyarakat kita. Sebab itu kita sering memasak nasi dalam kuantiti yang agak banyak.

Namun sayang kalau nasi yang kita masak cepat basi dan tidak sesuai untuk dimakan lagi. Sudah tentu keadaan ini akan mendatangkan kerugian kerana kita akan terpaksa membuang baki nasi.

Bukan sahaja merugikan tetapi juga boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, mari kita lihat beberapa petua penting untuk mengelakkan nasi daripada menjadi cepat basi.

Petua Elak Nasi Cepat Basi

petua elak nasi cepat basi

Berikut merupakan 7 petua untuk mengelakkan nasi cepat basi.

1. Cuci beras sehingga bersih

Sebelum memasak nasi, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mencuci beras dengan bersih. Semasa proses ini, pastikan anda mencuci beras sehingga air bilasan menjadi jernih.

Pastikan anda mencuci beras dengan berhati-hati untuk memastikan tiada kutu atau kotoran lain yang masih melekat. Tindakan ini bukan sahaja menjadikan nasi bersih, tapi boleh buat nasi jadi lebih tahan lama dan meningkatkan kekembangan nasi apabila dimasak.

2. Pastikan periuk dicuci bersih

Satu lagi faktor yang dapat menyebabkan nasi menjadi basi dengan cepat adalah keberadaan kotoran atau nasi yang masih menempel pada permukaan periuk yang digunakan.

Jika kita teliti bahagian dalam periuk, kita mungkin dapati beberapa bahagian yang kotor dengan karat atau kesan wap nasi. Ini berpotensi menjejaskan prestasi 'rice cooker' dan kualiti beras yang dihasilkan. Jangan lupa juga periksa penutup periuk atau komponen dalaman 'rice cooker'.

3. Perahkan limau nipis

Sebelum memasak nasi, perah separuh daripada limau nipis ke dalam 2-3 cawan beras dan sukat dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah walaupun telah ditambah limau nipis. Sebaliknya, ia akan memberikan aroma nasi yang lebih harum dan menjadikannya tahan lebih lama kerana keasidannya.

4. Hilangkan wap nasi selepas dimasak


Setelah nasi dimasak, angkat penutup periuk nasi dan lap dengan kain yang bersih. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan wap yang terkumpul di penutup periuk daripada jatuh ke dalam nasi dan menyebabkannya menjadi basi.


5. Menggunakan garam

Petua seterusnya untuk mengelakkan nasi cepat basi adalah dengan menggunakan garam. Selepas beras dicuci dan disukat air, masukkan secubit garam. Ini akan memastikan nasi lebih lama dan mempunyai rasa yang lebih sedap.

6. Panaskan periuk nasi atas dapur

petua nasi tahan lama

Anda juga boleh mencuba kaedah memanaskan periuk nasi di atas dapur. Ini kerana, berkemungkinan periuk nasi yang digunakan mengandungi bakteria yang masih aktif dan menyebabkan nasi cepat basi. Oleh itu, kaedah ini sangat berkesan untuk memusnahkan bakteria dan menjadikan nasi masak tahan lebih lama.

Caranya ialah, letakkan periuk nasi terbalik di atas dapur. Selepas itu, hidupkan api supaya bahagian dalam periuk nasi menjadi panas dan boleh memusnahkan bakteria.

7. Masak air dalam periuk nasi

Kaedah ini juga bertujuan untuk menyingkirkan bakteria. Caranya ialah dengan memasukkan beberapa cawan air ke dalam periuk nasi. Kemudian, masak air sehingga mendidih di atas dapur sehingga ia mencapai tahap mendidih. Anda boleh lakukan kaedah ini sebulan sekali pun sudah cukup memadai.


Kesimpulannya, mengelakkan nasi daripada cepat basi adalah penting untuk memastikan nasi yang sihat dan berkualiti. Dengan mengikuti 7 tips atau petua untuk mengelakkan nasi cepat basi ini, pasti nasi yang kita masak akan lebih tahan lama. Sekian.
Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel